Assalamualaikum :)
2 minggu yang lalu saya pergi kedai buku Popular, macam biasa lah nak tengok-tengok buku2 yang baru dkt book store tu hehehe. Macam nilah kan gaya penggangur geseran (klu siapa study ekonomi dia tau la kan haha) kalau bosan -,-'. Niat nak cari buku Henshin & Tarbiah Sentap tulisan Aiman Banna & Adnin Roslan tapi tak ada lagi dekat store so tengok-tengok lah buku lain.
Belek-belek buku yg ada dkt situ sekali tertarik dgn satu buku ni. Tertarik dgn cover dia dulu sebenarnya sbb girly sangat, pink! hehehe. Terus ambil pastu baca sinopsis & etc yg ada pada cover tu. Hm not bad. Tajuk dia pun menarik! TIKA BIDADARI BERBISIK :)
Nah ni gambar buku yg berjaya menawan hati iolls haha gurau.
''Tika Bidadari Berbisik, sebuah naskhah yang dipersembahkan sebagai pengukuh keyakinan agar hati tidak mati. Juga buat mereka yang sedang berusaha mempertahankan jati diri seorang bidadari dunia. Teruskanlah hidup bernafaskan kalimah syahadah walau badai menhempas diri. Sememangnya bukan mudah namun akal yang diberi haruslah bijak dikemudi...."
See? menarik kan! :D
Saya sebenarnya tertarik dgn sajak nukilan penulis Siti Farrah Shahwir dlm buku ni :')
JANJI BARUKU
Dahulu aku tidak mengerti
Erti cintaku padumu ya Rasulullah
Aku sukar memahami perjuangan dan pengorbananmu
Malah aku tidak dapat merasa detik penderitaanmu
Dan aku sangat sesali kini
Tatkala senja mula berlabuh
Laut asyik merungkap penat dan letih
Terimalah janji baruku
Untuk mengenalimu dan mencintaimu
Terimalah aku sebagai umatmu..
Kerana rupanya aku rindu..
