Tuesday, December 29, 2015

Ini baru ujian dunia

Assalamualaikum sahabat seperjuang :)



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah beri aku kesempatan untuk menulis lagi setelah beberapa bulan blog ini sunyi dari sebarang entry. Kesibukan dalam mengejar kejayaan dunia kadangkala buat kita lupa akan kesibukan hal akhirat. Allah. Pernah sekali aku dan rakan sekuliah aku Dayang berkongsi rasa yang sama. Kami kecewa dengan result kuiz akaun yang baru kami jawab secara online. Kekecewaan itu tidak dapat kami bendung. Jujur kami marah, kecewa dan sedih ketika itu. Ketidakpuasan hati terpancul dari mulut kami,

“Kenapa lah lecturer suruh kita jawab kuiz secara online? Susah kadang-kadang wifi lambat! Tengok lah result kita, hm”

Tapi selepas itu kami masing-masing terdiam seketika. Aku tanyakan pada diri aku, “Adakah kita akan rasa kecewa, sedih bila dipadang Mashyar nanti Allah swt kata amalan kita tidak cukup! Tidak sempurna! Gagal! Astaghfirullahalazim.. ”

Muhasabah diri.

Mungkin ada sesuatu yang Allah swt nak tunjukkan pada kami. Kami cermin balik diri. Adakah hubungan aku dengan Allah swt sudah hebat&erat? Bagaimana pulak hubluminnas aku? Dengan manusia? Dengan makhluk Allah swt yang lain? Allah.. tepuk dada tanya iman.

Manusia ini kadangkala perlukan ‘turning point’ atau lebih spesifik lagi titik pusingan hidup. Dah tersungkur, terjatuh baru sedar akan kesalahan, kelemahan diri. Ini ujian. Tidak beriman seseorang hamba jika tidak diuji iman nya. Sedangkan Rasulullah saw yang maksum itu diuji dengan pelbagai ujian apatah lagi kita yang hina ni?

Jadi, kami sama-sama bertekad untuk bangun balik. Taknak kecewa lagi. Sama-sama muhasabah diri balik. Perbaiki balik kelompongan yang ada pada diri kami. Jangan menyerah. Ini baru ujian dalam perlajaran, ada banyak lagi ujian yang bakal mendatang. Memetik kata Imam Syafie’, “Lebih baik merasai keperitan menuntut ilmu, daripada menanggung peritnya kebodohan” . Semoga dapat tempuhi dengan kesabaran dan kekuatan dari Allah swt. Amin. Hasbunallahu wani’mal wakeel.  

In shaa Allah, kalau tiada halangan nak buat review buku yang baru sahaja aku habis baca semalam iaitu Wachaa The Adventure karya Dr Qistina Saharudin. Hihi. Buku ni sangat istimewa. Banyak sangat ibrah yang aku dapat Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Nanti aku kongsikan ye.




Moga diredhai oleh Allah swt.


p/s: Guna bahasa 'aku kau' buat kita lebih rapat sebenarnya. Bukan bahasa yang kasar pada pandangan aku. Macam kita dengan Allah swt :)