Wednesday, June 8, 2016

Seindah sabar

Assalamualaikum.

La Tahzan Innallaha Ma'ana

"Dont be sad, Allah is with us" [9;40]

Hasbunallah wani'mal wakeel, wani'mal maula wani'mal naseer..

"Cukuplah Allah untuk menolong (kami), dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami) "

Setiap apa sahaja ujian itu, aku percaya ada hikmah disebaliknya. Setiap saat aku bisik kan dalam hati aku, aku kuat. Walaupun pada hakikatnya kadangkala aku rebah. Aku lemah. Sungguh manusia itu memang lemah. Rapuh. Airmata dah tak mampu nak mengalir sebab aku tahu aku dah penat nak menangis. Mendapat berita kehilangan 2 orang insan yang sangat aku kasihi merupakan satu ujian yang berat untuk aku tanggung. Tambahan pula, keberadaan aku yang berada di perantauan yang jauh dari insan-insan yang sangat aku cintai iaitu keluarga.

Aku tahu ini satu pengorbanan. Pengorbanan yang perlu aku hadapi demi menuntut ilmu. Ya Allah, semoga aku kuat untuk harungi semua ini. Aku perlu fokus pada pelajaran, agar segala yang aku korbankan bermakna. Tidak sia-sia. In shaa Allah, amin. 

Tajdid niat balik. Muhasabah diri.


With love,
Suhaila


Wednesday, June 1, 2016

Muallaf

Assalamualaikum :)

Hari ini merupakan hari yang boleh aku katakan hari yang agak 'kritikal' lah juga bagi aku. Banyak tugasan yang mesti diselesaikan pada hari ini juga. Hantar group assignment Falsafah, oral lakonan Mandarin, quiz Microeconomics.. fuhh! Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan sangat lancar. 

Hati ni juga meronta-ronta ingin berkongsi kisah yang berlaku petang tadi. Bila difikirkan balik, banyak sangat Allah bagi ibrah harini. One of them is a deep conversations with our mandarin lecturer, Madam Alliyah @ Gu Laoshi. Untuk pengetahuan, Madam Alliyah is a muallaf :) She's come from Taiwan and teaching here almost 3 years if im not mistaken. And married with her husband who is a Malaysian. She's also very active in Malaysia Chinese Muslim Association (MACMA) in Labuan. 

Niat aku berjumpa madam di office dia adalah asalnya untuk membayar duit yuran bagi peperiksaan bahasa mandarin yang akan aku ambil bulan 12 nanti. Lumrah kejadian seorang perempuan, bila dah berjumpa pastilah ada sahaja yang ingin dibualkan hehehe.

Salah satu opik yang kami bualkan adalah tentang agama yang kita semua anuti iaitu Islam. yes, Islam. Islam dalam perspektif seorang muallaf. Itu yang dapat aku simpulkan. Madam bercerita tentang bagaimana seorang mullaf itu struggle mendalami agama ini. Berbagai kisah menarik yang madam cerita pada aku. Dan satu daripadanya sangat-sangat menyentuh hati. 

Kisah seorang wanita non-muslim yang berkerja sebagai pembantu peribadi kepada seorang ahli koporat yang memiliki 7 buah syarikat. Sebagai seorang pembantu kepada ahli perniagaan, pastinya dia juga menjadi orang terpenting dalam menggerakkan gerak kerja syarikat-syarikat majikannya. Wanita tersebut berjumpa dengan madam Alliyah. Dia meluahkan rasa kegusaran hati dia. Dia kata dia ingin mencari makna hidup ni. Apa sebenarnya tujuan dia hidup? Adakah hanya untuk mengumpul harta sahaja? Apa yang akan berlaku selepas dia mati? kalau hidupnya hanya untuk mencari kekayaan mahupun harta, baik dia mati saja. kerana bagi dia itu tujuan hidup yang tidak jelas katanya.

Madam Alliyah juga bercerita bagaimana wanita tersebut mengambil keputusan untuk mengikuti kem dakwah anjuran MACMA yang berlangsung selama seminggu. Wanita tersebut menyatakan hasratnya ingin mengambil cuti bagi mengikuti kem tersebut kepada majikan dia. Tetapi, majikan wanita tu tidak membenarkan dia mengambil cuti kerana majikan nya kata syarikat-syarikat perlukan khidmat dia. Jadi, dia tidak dibenarkan mengambil cuti. 

Kalau kita berada di tempat wanita tersebut, apa yang akan kita lakukan? Teruskan bekerja atau nekad nak pergi kem dakwah tersebut?

Nak tahu apa keputusan wanita tu?

Wanita itu kata dia nekad. Dia sanggup berhenti bekerja demi Islam. Dia sanggup kehilangan jawatan yang menjanjikan kemewahan hidup demi agama. Demi kebenaran tujuan hidup yang jelas. Dia kata apa guna dia memiliki kekayaaan tetapi hati kosong. Tak tenang. Allahuakbar. Terharu kan? Jujur aku kata, ketika mendengar jawapan tu, aku rasa sebak. 

Terfikir sejenak. Refleksi diri sendiri. 

Aku pula macam mana? Sudah dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi seringkali tidak menghargai. Seringkali tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah swt berikan.

Rasa malu kadang-kadang timbul dalam diri apabila madam aliyyah bercerita bagaimana dia membaca banyak buku-buku demi memahami agama Islam. Dari membaca dia kenal apa itu Islam. Dari Al-Quran terjemahan dalam bahasa mandarin sehingga hadith dalam bahasa mandarin dia keluarkan, tunjuk pada aku. Allahuakhbar. Rasa malu yang teramat sangat. aku lihat ada 6 buah hadith yang madam keluarkan dan tunjukan pada aku. Aku hanya memilik satu sahaja hadith iaitu hadith 40 Imam Nawawi. itu pun belum habis aku baca. 

Madam juga cerita saat dia rasa sangat gembira apabila pertama kali dia ingin datang ke Malaysia. Ketika itu dia sudah memeluk agama Islam. Sebagai sebuah negara Islam, dia ingin berjumpa dengan saudara-saudara Muslim yang lain di sini. Tetapi, sangkaan dia agak meleset apabila dia sampai ke sini. Dia pelik dengan budaya orang Islam di negara kita. Salah satunya mengapa orang Islam di negara kita lebih takut pada hantu lebih daripada manusia? Bukan kah hantu atau jin itu jugak makhluk ciptaan Allah swt sama seperti kita dan haiwan? Jadi, mengapa kita perlu takut pada makhluk bukan Pencipta nya? 

Betul apa kata madam. Aku jugak bersetuju dengan kata-katanya. Kita sudah lama disogokkan dengan perkara-perkara yang seperti itu. Filem-filem hantu, drama cinta-cintun yang tidak memberikan manfaat dan hiburan-hiburan melampau. Ini membuatkan umat islam itu rapuh. Ya tipu lah aku katakan aku jugak tidak terlepas dari menonton filem hantu. tetapi kita masih ada peluang untuk ubah perkara itu. Ubah dari dahulunya yang suka dengan hiburan seperti itu kepada pengisian yang lebih membina minda, mendekatkan diri kepada Allah swt. Baru matlamat hidup itu jelas. Kerana ini isu penting, jika masyarakat berterusan disogokkan dengan pengisian sia-sia seperti itu sampai bila umat Islam nak teguh? Nak bersatu? 

Ingin juga aku kongsikan di sini kata-kata dari madam yang pastinya akan aku semat kemas-kemas dalam hati aku. Kata Madam ;

Islam is not about who's the better person, but who want to be a better person.

Islam bukan agama siapa yang lebih baik, tetapi siapa yang ingin menjadi lebih baik.

Once dalam hati pernah terdetik 'oh aku lebih baik/alim dari dia' , cepat-cepatlah beristifar. Kerana itu tanda kita mula riak dan takbur. Ingat, syaitan dimurkai oleh Allah swt kerana apa? kerana dia berasa diri dia lebih hebat dari manusia. 

Semoga bermanfaat. Wallahualam.

With love,
suhaila.




Kalian, terima kasih :')

Assalamualaikum :)


Syukur aku panjatkan kepadaNya kerana Allah swt hadirkan insan-insan yang sangat-sangat baik dalam hidup aku. Yang sentiasa hangatkan jiwa aku dengan kata-kata yang sentiasa membawa aku kembali mengingatiMU. Dalam suka atau dalam duka. Tidak perlu lah aku sebutkan nama insan-insan yang istimewa tersebut. Cukuplah aku sebut nama-nama mereka di dalam doaku :) 

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Lumrah hidup. Tidak akan ada yang kekal. Bahkan kita juga pasti akan kembali kepada Sang Pencipta. Setiap takdir pertemuanku dengan sesiapa sahaja tidak akan aku pernah lupakan. Biarlah orang kata jangan kenang perkara yang sudah lalu. Bagi aku masa memang tidak akan pernah kembali tetapi memori, kenangan akan aku ingat sampai bila-bila. Sama ada yang baik atau yang sebaliknya, aku hargai :) 

Aku juga yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tidak ada yang sia-sia pada setiap perancangan Allah swt. Malah, aku bersyukur. alhamdulillah. 

Pernah terdetik dalam hati 'Allah, aku tak layak untuk terima semua ni. Tapi, aku bersyukur kerana kau pilih aku untuk rasa nikmat ukhwah yang sangat manis ni. Aku sangat berharap ukhwah ini bukan ukhwah yang sekadar hanya manis di bibir, tetapi aku harapkan ukhwah ini dapat menjadi asbab kami dipertemukan kembali di syurgaMu. Amin.'

Buat insan-insan yang pernah hadir atau yang ada disamping aku sekarang, aku ucapkan terima kasih kerana kalian menjadi salah satu sumber kekuatanku. Aku berharap kita dapat sama-sama menggapai redha Allah swt di dunia dan akhirat. In shaa Allah. :)

With love,
suhaila.