Assalamualaikum..
Dari tak pakai tudung, mula memakai tudung.
Dari tudung singkat, mula labuhkan tudung.
Dari labuhkan tudung, mula melabuhkan lagi dan lagi.
Dari tangan terdedah, mula ditutup baju lengan panjang.
Dari ditutup dgn baju, mula pakai sarung tangan.
Dari kaki terbuka, mula tutup biar tak terdedah dgn stoking.
Ingat senang ke semua tu?
Ingat mudah ke nak tempuh smua tu?
Belum lagi tempuh cacian org,
Belum lgi tempuh pndangan sedara mara,
Belum lgi tempuh kritikan kawan-kawan.
Ya smua tak mudah.
Dlm perit menerima kritikan dn kejian,
Nak tahu apa yg pling perit bgi org yg cuba berhijra mncari sekelumit redha Allah?
Yg pling perit adalah,
Bila org pndang kita baik.
Pandang kita smpurna.
Pndang kita ckup terjaga.
Sedangkn hati masih dicemari dosa dosa.
Sedangkn ilmu masih lagi takda apa apa.
Lagha sana sini.
Kpop merata rata.
Ikhtilat entah kemana.
Gelak tak ingat dunia.
Gedik terkinja2.
Sedangkn org ingat,
Muslimah brtudung labuh itu tinggi ilmunya,
Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya,
Muslimah ttup itu smpurna orgnya,
Sedih bkn dianggap begitu?
Sedangkn diri tak seindah itu.
Org yg memandang itu tdak tahu.
Apa yg muslimah itu rasa.
Apa yg muslimah itu tempuh,
Dalam waktu waktu dia mencuba.
Orang itu tak tahu.
MUslimah itu kdang kadang rapuh.
Kadang-kadang jatuh.
Kadang tak utuh.
Kadang kadang menyimpang jauh.
Muslimah itu kadang kadang tersasar.
Kadang kadang lebih berdosa dari pendosa.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu sama.
Manusia biasa.
Ada rasa. Ada jiwa.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu juga sdg berperang melawan nafsu dunia.
Kerana dia sedar, hatinya tidak sejernih yang org lain kata.
Dia berusaha mncapai harapan orang orang yang berharap tinggi padanya.
Tabahlah muslimah.
Andai jalan itu yang dipilih.
Allah telah pun memelihara kita.
Allah telah menjaga kita.
Lalu, ia terpulang pada cara kita menjaga apa yang Allah jaga utk kita.
Hidayah Allah itu perlu dicari.
Bukan di nanti.
Cari sejauh mungkin.
Gali sedalam dalamnya.
Lalu, bila ia telahpun di temui,
Ia juga terpulang pd diri sendiri.
Sama ada nak grab dn terus mencari redha ilahi.
Atau biarkan saja hidayah itu pergi.
p/s : berkongsi utk kita sama-sama selami hati seorg wanita muslimah. Kerana wanita muslimah juga seorang pendosa. Yg cuba utk sntiasa memperbaiki dirinya mnjadi seorg insan yg lebih baik dan melayakkan dirinya menjadi mawar di syurgaNYa.
No comments:
Post a Comment