Sunday, May 10, 2015

Novel Pilihan hati ❀

Assalamualaikum :)

In shaa Allah, hari ini saya nak berkongsi dgn semua buku bacaan yg menjadi kegemaran saya. Tak dinafikan, jiwa remaja kadngkala lebih gemar kepada bahan bacaan yg ringan. Tidak berat. Seperti novel, komik, majalah. Tapi perlu ingat. Bahan bacaan yg kita baca akn sedikit sebanyak mempengaruhi minda, naluri dan perlakuan kita. 

Jadi, perlu berhati-hati memilih bahan bacaan. Peringatan kpd diri sendiri jugak. Kadang-kadang rasa nak beli bahan bacaan yg sedikit lagha seperti majalah hiburan atau novel cinta. Hm. Remaja kan. Tapi kena cepat-cepat beralih pada buku yg lebih manfaat. Peringatan kpd diri sendiri lagi. 

Bahan bacaan yg mnjadi kegemaran saya sekarang adalah novel tarbiah. Novel tarbiah tu apa? 

Novel tarbiah ni pada saya sangat bagus bagi remaja mcm saya. Remaja yg masih mncari identiti diri. Yg masih lemah pengetahuan agamanya. Hm. Yang masih perlu ilmu dunia & akhirat. In shaa Allah.

Novel tarbiah boleh dikatakan lengkap pengisiannya. Dlm novel ini, terselit pengajaran yg mndidik diri, hadis Rasulullah, kata-kata semangat, ayat-ayat Al-Quran yg lagi buat diri ni rasa pentingnya mendalami lagi isi kandung kalam Allah s.w.t itu. 

Novel tarbiah sebenarnya bkn sahaja utk remaja. Hatta ibu bapa, nenek atuk dan kanak-kanak juga boleh membacanya. 

Novel tarbiah yg buat saya jatuh cinta buat masa skrg dn smpai bila-bila in shaa Allah ialan novel tarbiah yang dikarang oleh ustazah kesayangan saya iaitu Ustazah Fatimah Syarha dan suami tercintanya, Dr Farhan Hadi.

Pada saya, beliau sangat hebat. Kerana dpt menjiwai naluri seorg remaja mcm saya. Novel hasil nukilan beliau betul-betul mendidik jiwa saya yg gersang dahulu. Plot cerita yang dikarangnya senang utk difahami. Suka sangat. Tegurannya terhdp remaja pada masa kini melalui penulisan novel cukup lembut & halus tetapi tegas. Sempurna pda pandangan saya. 

Di sini saya senaraikan novel hasil nukilan beliau bersama suami beliau yg telah saya baca:

1. Cinta High Class
2. Tautan Hati
3. Sebarkan CintaMu

Dan senarai karya-karya beliau & suami yg terbaru & yg telah lama dipasaran:

1. Aku Ada Wali
2. Cinta High Class
3. Sebarkan CintaMU
4. Cinta Potato Spring
5. Denyut Kasih Medik
6. Kisah Haiwan Madinah
7. Kisah Haiwan Makkah Zaman Rasulullah 
8. Ku temui Cinta-Nya
9. Palestin Kami Datang!
10. Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul
11. Risalah Hati
12. Syabab Musafir Kasih 
13. Tautan Hati

Banyak kan? In shaa Allah, tengah berusaha memiliki koleksi novel dn hasil nukilan ustazah dan suami. Semoga dapat membantu rakan2 yang inginkn bahan bacaan yg mempunyai 1001 pengisian di dalamnya. 

Jika ingin membeli boleh layari blog ustazah sendiri iaitu  http://sebarkanbahagia.blogspot.com/    atau bukuonline2u   http://bukuonline2u.com/fatimah-syarha-mohd-noordin    :)

Selamat membaca! 


p/s : membaca itu jambatan ilmu. 

No comments:

Post a Comment