Assalamualaikum sahabat seperjuang :)
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Allah beri aku kesempatan untuk menulis lagi setelah beberapa bulan blog ini
sunyi dari sebarang entry. Kesibukan dalam mengejar kejayaan dunia kadangkala
buat kita lupa akan kesibukan hal akhirat. Allah. Pernah sekali aku dan rakan
sekuliah aku Dayang berkongsi rasa yang sama. Kami kecewa dengan result kuiz
akaun yang baru kami jawab secara online. Kekecewaan itu tidak dapat kami bendung.
Jujur kami marah, kecewa dan sedih ketika itu. Ketidakpuasan hati terpancul
dari mulut kami,
“Kenapa lah lecturer suruh kita jawab kuiz
secara online? Susah kadang-kadang wifi lambat! Tengok lah result kita, hm”
Tapi selepas itu kami masing-masing
terdiam seketika. Aku tanyakan pada diri aku, “Adakah kita akan rasa kecewa,
sedih bila dipadang Mashyar nanti Allah swt kata amalan kita tidak cukup! Tidak
sempurna! Gagal! Astaghfirullahalazim.. ”
Muhasabah diri.
Mungkin ada sesuatu yang Allah swt
nak tunjukkan pada kami. Kami cermin balik diri. Adakah hubungan aku dengan
Allah swt sudah hebat&erat? Bagaimana pulak hubluminnas aku? Dengan manusia?
Dengan makhluk Allah swt yang lain? Allah.. tepuk dada tanya iman.
Manusia ini kadangkala perlukan ‘turning
point’ atau lebih spesifik lagi titik pusingan hidup. Dah tersungkur, terjatuh
baru sedar akan kesalahan, kelemahan diri. Ini ujian. Tidak beriman seseorang
hamba jika tidak diuji iman nya. Sedangkan Rasulullah saw yang maksum itu diuji
dengan pelbagai ujian apatah lagi kita yang hina ni?
Jadi, kami sama-sama bertekad untuk
bangun balik. Taknak kecewa lagi. Sama-sama muhasabah diri balik. Perbaiki
balik kelompongan yang ada pada diri kami. Jangan menyerah. Ini baru ujian
dalam perlajaran, ada banyak lagi ujian yang bakal mendatang. Memetik kata Imam
Syafie’, “Lebih baik merasai keperitan menuntut ilmu, daripada menanggung
peritnya kebodohan” . Semoga dapat tempuhi dengan kesabaran dan kekuatan dari
Allah swt. Amin. Hasbunallahu wani’mal wakeel.
In shaa Allah, kalau tiada halangan
nak buat review buku yang baru sahaja aku habis baca semalam iaitu Wachaa The
Adventure karya Dr Qistina Saharudin. Hihi. Buku ni sangat istimewa. Banyak
sangat ibrah yang aku dapat Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Nanti aku kongsikan ye.
Moga diredhai oleh Allah swt.
p/s: Guna bahasa 'aku kau' buat kita lebih rapat sebenarnya. Bukan bahasa yang kasar pada pandangan aku. Macam kita dengan Allah swt :)


No comments:
Post a Comment