Assalamualaikum :)
Syukur aku panjatkan kepadaNya kerana Allah swt hadirkan insan-insan yang sangat-sangat baik dalam hidup aku. Yang sentiasa hangatkan jiwa aku dengan kata-kata yang sentiasa membawa aku kembali mengingatiMU. Dalam suka atau dalam duka. Tidak perlu lah aku sebutkan nama insan-insan yang istimewa tersebut. Cukuplah aku sebut nama-nama mereka di dalam doaku :)
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Lumrah hidup. Tidak akan ada yang kekal. Bahkan kita juga pasti akan kembali kepada Sang Pencipta. Setiap takdir pertemuanku dengan sesiapa sahaja tidak akan aku pernah lupakan. Biarlah orang kata jangan kenang perkara yang sudah lalu. Bagi aku masa memang tidak akan pernah kembali tetapi memori, kenangan akan aku ingat sampai bila-bila. Sama ada yang baik atau yang sebaliknya, aku hargai :)
Aku juga yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tidak ada yang sia-sia pada setiap perancangan Allah swt. Malah, aku bersyukur. alhamdulillah.
Pernah terdetik dalam hati 'Allah, aku tak layak untuk terima semua ni. Tapi, aku bersyukur kerana kau pilih aku untuk rasa nikmat ukhwah yang sangat manis ni. Aku sangat berharap ukhwah ini bukan ukhwah yang sekadar hanya manis di bibir, tetapi aku harapkan ukhwah ini dapat menjadi asbab kami dipertemukan kembali di syurgaMu. Amin.'
Buat insan-insan yang pernah hadir atau yang ada disamping aku sekarang, aku ucapkan terima kasih kerana kalian menjadi salah satu sumber kekuatanku. Aku berharap kita dapat sama-sama menggapai redha Allah swt di dunia dan akhirat. In shaa Allah. :)
With love,
suhaila.
No comments:
Post a Comment