Assalamualaikum :)

Love, Life, Lust.
Buku love, life, lust hasil penulisan saudari Syafeza Sauli ni sebenarnya berkisahkan tentang Wanita dari segenap aspek. Bermula dari kisah cinta pertama & terakhir, kisah kehidupan, kisah nilai-nilai, dan akhlak wanita. Diselitkan juga kisah-kisah srikandi/wanita hebat terdahulu yang terdiri daripada isteri-isteri para Nabi dan srikandi yang lain seperti kisah cinta teragung Maryam AS, kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf AS, kisah cinta Rabiatul Adawiyah dan ramai lagi.
Jujur, buku ini banyak memberi inspirasi pada diri kerana penulis juga ada membicarakan tentang topik yang dekat dengan wanita iaitu kecantikan,personaliti Apa itu erti kecantikan yang sebenar bagi seorang Wanita?
Tidak ketinggalan juga, kisah persahabatan. Menariknya, penulis ada menyelitkan beberapa nasihat dari para ulama terkenal seperti Imam As-Syafei dalam hubungan persahabatan :)
Saya tertarik untuk berkongsi dengan kalian nasihat Alqamah, salah seorang sahabat Rasulullah SAW kepada anaknya dalam membina persahabatan. Semoga dapat juga menjadi panduan kepada kita dalam membina ikatan persahabatan in shaa Allah :
Pertama,
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitung (menyebutnya).
Ketiga,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat,
Pilihlah seorang sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima,
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja. Jiakalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam kita memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersam-sama sahabat yang mulia. Sahabat yang baik dapat membantu kita sama-sama mencapai redha Allah SWT seterusnya meraih jalan ke syurga dan bertemu kembali di akhirat dengan rahmat dari Allah SWT. In shaa Allah :)
Selagi kita masih bernyawa, kita masih berpeluang untuk mengubah diri kita ke arah yang lebih baik.
Kata-kata yang selalu dipegang,
Aslih Nafsak Wadu' Ghairak iaitu Perbetulkan diri sendiri dan pada masa yang sama bimbinglah yang lain
Salam :)
No comments:
Post a Comment