Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, aku telah selamat sampai di universiti aku pada 11 Jan yang lalu. Syukur, masih diberi peluang untuk menuntut ilmu. In shaa Allah, akan aku buat yang terbaik. Pengalaman lalu (sem lepas) telah mengajar aku banyar perkara. Mendewasakan dan mematangkan aku pastinya. Suka duka yg aku rasa demi ilmu, aku ikhlaskan sepenuh hati. Semoga ada ganjarannya nanti di sana, in shaa Allah.
Pembuka semester ke-4 kali ini pasti ada azam dan impian yang ditanam. Perlukan pengorbanan dan kesungguhan pastinya. Akan aku usahakan sehingga berjaya, amin. Tidak perlu aku catatkan disini. Cukuplah hanya diri yang tahu. Jika sudah terlaksana, in shaa Allah pastinya akan aku kongsikan.
Hujung minggu pertama di kampus, aku luangkan masa sebentar di pantai cantik di hadapan kampus. Indah. Sangat cantik. Lautnya yang luas membuat aku tidak puas memandang. Mencari di mana titik pengakhiran laut yang terbentang luas itu, tapi tidak ku temui.
Ombak yang menghempas pantai menenangkan sanubariku. Angin yang menyapa wajah terasa sangat lembut dan sejuk. Seakan-akan membisikkan kata-kata semangat dan harapan kepadaku untuk terus melangkah. Jangan menoleh ke belakang lagi.
Aku sentiasa terfikir, bagaimana rasanya jika pantai ini tidak menerima kehadiran ombak? Adakah akan indah lagi seperti yang ku lihat? Kerana pantai tidak akan lengkap tanya kehadiran ombak yang menghempas.
Bagaimana pula manusia tanpa kehadiran iman?
No comments:
Post a Comment