Assalamualaikum :)
Tidak terlalu lambat rasanya untuk aku menonton filem karya Buya Hamka ini kerana aku yakin sudah berjuta orang menontonnya malah mungkin sudah berjuta kali. Tapi tidak mengapa kerana kata orang putih 'better late than never'.
Izinkan aku memberikan pandangan aku terhadap filem ini. Bagi aku filem ini hebat. Aku suka dengar bait-bait dialog yang terkandung di dalamnya. Bermakna dan mendalam sekali. Seakan-akan tepat ditujukan kepadaku.
Tidak aku nafikan kehebatan Buya Hamka dalam menyusun kata-kata di dalam penulisannya. Jujur, aku kagum. Banyak dialog yang dilontarkan membuat aku ingin mencatat setiap bait-bait itu. Inginku baca setiap hari dan berulang kali.
Akan aku kongsikan kata-kata indah itu :
'Masih banyak lagi perjuangan hidup yang belum selesai'
'Kisah orang jatuh tapi memilih untuk bangkit, kemudian dia jatuh semula tapi memilih untuk bangkit sekali lagi. Walaupun berkali-kali jatuh, memilih untuk hidup bangkit daripada kesedihannya'
'Jangan pernah biarkan kesedihan dan kedukaan mengawal diri kita'
'Cinta bukan mengajar kita untuk jadi lemah, sebaliknya ia membangkitkan kekuatan'
'Cinta bukan melemahkan semangat tetapi cinta membangkitkan semangat'
Terasa seperti ada makna yang besar di dalam setiap bait kata-kata itu. Akan aku semat di dalam diri kata-kata yang indah dan mendalam itu.
Cinta Zainuddin membuat beliau bangkit.
Adakah cinta kita membangkitkan kita? Atau hanya buat kita semakin hanyut dalam arus kehidupan di dunia? Tepuk dada, tanya diri mu.
Semoga bermanfaat.

No comments:
Post a Comment